Falkner Tree Template

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

Falkner Tree Template

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

Falkner Tree Template

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

Falkner Tree Template

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template
selamat menonton
Latest News

Video Panas

Posted by perkasan on Isnin, 4 April 2011 , under | ulasan (0)



Sokong video seks ditayang di Parlimen

PENGERUSI DAP, Karpal Singh (berkerusi roda) mencadangkan klip video seks yang pelakunya mirip pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen. Di kanan sekali ialah Anwar Ibrahim.

LANGKAWI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) semalam menyokong cadangan supaya rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen.

“Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Ke-5 Jabatan Peguam Negara Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura di sini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mencadangkan supaya rakaman video berkenaan ditayangkan di Parlimen.

Jaga Perpaduan

Posted by perkasan on Selasa, 7 Disember 2010 , under | ulasan (0)




Jangan runtuhkan perpaduan

TUANKU MIZAN (kanan), Najib dan Muhyiddin mengaminkan doa pada majlis sambutan Maal Hijrah 1432 peringkat kebangsaan di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam bertitah supaya rakyat Malaysia tidak meruntuhkan perpaduan yang dibina hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.

"Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama," titah Seri Paduka pada sambutan Maal Hijrah 1432 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Seri Paduka bertitah, negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling mencurigai dan saling bertelagah.

"Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita nanti," titah Tuanku Mizan.

Seri Paduka bertitah, untuk mencapai perpaduan yang diidamkan bukanlah sesuatu yang mudah dan semua pihak harus memainkan peranan dan membuktikan keikhlasan bagi mencapai tujuan tersebut.

Melayu Yang Jahil

Posted by perkasan on Selasa, 30 November 2010 , under | ulasan (0)




Sultan Selangor dukacita

SULTAN SELANGOR (kiri) menyampaikan cenderahati kepada pembentang kertas kerja, Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.

Baginda bertitah, golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.

“Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak bertepatan,” titah baginda pada majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini semalam.

Sultan Sharafuddin bertitah, terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan Raja-Raja Melayu.

Baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka.

Amah Indon

Posted by perkasan on Ahad, 15 Ogos 2010 , under | ulasan (0)



Malaysia belum setuju gaji minimum amah RM600
KUALA SELANGOR - Kerajaan belum membuat keputusan berhubung penetapan gaji minimum pembantu rumah warga Indonesia sebanyak RM600 yang ditetapkan oleh kedutaan negara itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, penetapan gaji minimum itu tidak dilakukan dengan persetujuan kementeriannya atau Kementerian Dalam Negeri.

"Saya tidak tahu adakah pihak Kedutaan Indonesia menetapkan perkara itu mengikut pentadbiran sendiri, tetapi pada apa yang dipersetujui oleh kita sehingga kini, semua isu gaji pekerja asing diputuskan mengikut kuasa pasaran, iaitu berdasarkan permintaan dan pembekalan.

Biasiswa JPA

Posted by perkasan on Selasa, 6 Julai 2010 , under | ulasan (0)



Tajaan biasiswa JPA untuk pelajar cemerlang diteruskan
KUALA LUMPUR - Kerajaan masih meneruskan penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara pada peringkat ijazah pertama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penajaan biasiswa itu memberi fokus kepada bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial.

"Ini kerana tenaga sumber manusia dalam bidang tersebut amat diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini semalam.

Ini suatu perbandingan...

Posted by perkasan on Khamis, 22 April 2010 , under | ulasan (0)



Perlu RM1j untuk selesa selepas bersara
22/04/2010 5:15pm

KUCHING – Rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk memastikan kehidupan yang selesa selepas bersara, kata Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, Sasitharan Krishnan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di kalangan sebilangan besar pesara di negara ini, katanya, ramai yang tidak dapat mencapai jumlah simpanan yang sepatutnya dan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari kerja walau pun selepas bersara.

Kegagalan membuat simpanan mencukupi, katanya, adalah disebabkan kerana mereka tidak merancang kewangan lebih awal dan tiada sikap disiplin dalam menabung.

Kajian itu, menurutnya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja.

"Keadaan ini amat membimbangkan. Dengan ini, saya menyarankan agar kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan 55 tahun kepada 65 tahun,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang diadakan di sini sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010.

Menurutnya, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat Malaysia memandangkan usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun. – Bernama

Berani Buat Berani Tanggung.

Posted by perkasan on Ahad, 11 April 2010 , under | ulasan (0)



‘Kerabat raja’ ditahan

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 10 April – Seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan kerana menyamar sebagai kerabat diraja Pahang supaya dapat mengadakan lawatan ke semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini.

Bagaimanapun, penyamarannya dengan menggunakan gelaran Tuan Muda terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang, Cherating di sini mengetahui identiti sebenarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, pelajar berusia 18 tahun itu menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan memakai gelaran Tuan Muda.

“Sebelum mengadakan lawatan ke mana-mana kem PLKN yang dihajatinya, pelajar ini akan menghantar surat yang mempunyai kepala surat tertera nama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memaklumkan kehadirannya.